nuffnang1

Tuesday, January 1, 2013

Mari pakat baca cerito kawe ni......


Sero lamo sungguh dop bangun awal pagi, maklom la cuti sekolah. Ni nop keno start bangun mace biasa la pulop. Tu la kawe ingat pah abis zaman sekolah bereh doh, dop payah bangun awal2 pagi. Rupo-rupo nya lain adik-kakok, supe jugok denge zaman kanok2, cumo dulu pagi2 keno pakai baju sekolah, loni pulop pagi2 keno pakai baju untuk pergi pejabat. Bagi hop baru nop dapat anok atau anok baru masuk sekolah keno belajar2 la bangun awal2 pagi. Pah tu pulop keno belajar2 gi sekolah, cari buku2 sekolah anok2 tu.kalu dulu lagu tu la nok tahu gok, mok dan ayah buat ko adik-kakok semua.


Tahun ni kawe sero nop kongsi cerito dengan adik-kakok semua tentang perjalanan hidup kawe, guano adik-kakok sero molek ko dop?. Atau ore2 kelate panggil saloh-silah. Kalu adik-kakok nok tau, kawe di lahirkan dalam sebuah keluarga yang agak miskin tapi dop la mace keluarga di Afrika selatan nuh. Kehidupan kawe dan sekeluarga, agak menyedihkan sekali kalu nop banding dengan hidup adik-kakok loni.maklom la zaman dulu negara kita lain, dop seperti loni.

Kalu adik-kakok nok tau kawe ni dilahirkan pada 19 Ogos 1975. nok kata berumur tu dok lagi kot, cuma hampir2 dah nak berumur.kawe ni dilahir dalam perkampungan yang agok jauh daripada arus pembangunan. Mengikut cerito che ( nama panggilan menggantikan ibu ) ayah dan geng-geng kampung terawal kat kampung tu, kawe ni anok tempatan kampung slow temiang yang terawal lahir kat kampung tu..guano kalu keno ko adik-kakok belako, sero banggo dop?

Ikut cerito ore2 tua kampong kawe pada masa tu, kampong slow temiang ni tiada stesen ketoapi.Mano ketoapi berani nop berhenti tengah2 utan, takut hop naik buke manusia, tapi bendo lain seperti harimau,gajah,jin ka..... tu contoh jah la.Tapi kawe pernah kelih ore bawa kambing naik katoapi. Bagi pendudok2 kampung, mereka terpaksa turun di stesen keretapi yang berhampiran dengan kampong slow temiang di anggarkan jarak setesen berhampiran adalah 10km. Ado juga sumber yang memberitahu ka kawe, pemuda2 hok gdebe2 ni, geng-geng tu lompat jah dari ketoapi.....jangan terkejut, mereka boleh lompat sebab ado satu kawasan di mano ketoapi terpaksa perlahankan kelajuan, atas sebab-sebab faktor bentuk muka bumi yang agak berbukit.kalu adik-kakok dengar cerito kawe ni mace berada di negara india. pelik tapi benar.pah tu cukup dulu la untok ari ni, kito jupo lepas ni tu, ado cerito sedap ni nok kongsi......bereh dop

No comments:

Post a Comment